Dam Haji / Dam Umrah • Harga bermula dari RM790 • Sijil & Gambar atau Video

Apakah Dam Haji / Dam Umrah?
Dam ialah bayaran denda yang perlu dibayar kepada jemaah yang mengerjakan haji atau umrah. Hal ini terjadi kerana Jemaah meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau umrah, melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam perlakuan ibadah haji dan umrah, sama ada perkara ini dilakukan secara sedar, tidak sedar atau kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut. Bagi mereka yang mengerjakan badal haji dan umrah, perkara ini turut terpakai kepada mereka.
Dalam Mahzab Syafie, denda satu dam adalah bersamaan dengan satu ekor kambing dan daging sembelihan tersebut perlu disedekahkan atau individu tersebut harus berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, dimana setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang.
Dam Haji atau Dam Umrah akan dilaksanakan di Tanah Suci Mekah dan daging akan diagihkan kepada fakir miskin di Tanah Suci Mekah. Video / Gambar perlaksanaan akan diberikan di email peserta. Peserta juga akan menerima sijil daripada pihak Ibadah.Pro. Sijil akan dipos ke alamat yang dibekalkan oleh peserta semasa pendaftaran.