Akaun ibadahpro.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Aqiqah Mekah • Harga bermula dari RM790 • Sijil & Gambar atau Video

Aqiqah Mekah • Harga bermula dari RM790 • Sijil & Gambar atau Video

Aqiqah Mekah akan dilaksanakan di Tanah Suci Mekah. Perlaksanaan akan dilakukan di Tempat Penyembelihan yang dilantik oleh Ibadah.Pro di Mekah. Daging akan diagihkan kepada fakir miskin, asnaf dan yang memerlukan di Tanah Suci Mekah dengan kerjasama NGO di Mekah. Peserta Aqiqah akan diberikan Video / Gambar perlaksanaan di email yang diberikan oleh peserta semasa pendaftaran. Peserta juga akan menerima sijil eksklusif daripada pihak Ibadah.Pro. Sijil akan dipos ke alamat yang dibekalkan oleh peserta semasa pendaftaran.


Syarat Aqiqah


Syarat aqiqah anak lelaki dan perempuan dilakukan seperti berikut:

  • 1 ekor kambing untuk anak perempuan
  • 2 ekor kambing untuk anak lelaki
  • Atau pun seekor lembu / unta dibahagikan kepada 7 bahagian dan 1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing.

Bahagian ini adalah daripada hadis riwayat Aisyah berikut

“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

1 bahagian lembu / unta bersamaan 1 ekor kambing pula ada disebut oleh al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj:

وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ

Maksudnya: dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai, ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.

Tetapi, aqiqah bayi lelaki dengan dua ekor kambing bukanlah satu kewajiban. 

Ini kerana Nabi SAW pernah membuat aqiqah untuk cucu Baginda Saidina Hasan RA dan Saidina Husin RA masing-masing dengan seekor kibas.